Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam program Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) oleh Jabatan Agama Islam Sarawak bertempat di Kuching, Sarawak pada 5 dan 6 Jun 2024.
Sesi ceramah ini merupakan salah satu pengisian dalam kursus modul tersebut sebagai nilai tambah pengukuhan dan pembudayaan integriti khususnya dalam kalangan warga kerja di peringkat pelaksana hinggalah pengurusan tertinggi.
Ceramah telah disampaikan oleh Encik Fazly Noordin, Penolong Pengarah & Konsultan, Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK), IIM.