27 December 2024 10:22 am

Kunjungan ke Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK) telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 7 Jun 2024 bertempat di Menara DBKL, Kuala Lumpur.

Kunjungan ini adalah bertujuan bagi membincangkan peluang kerjasama dalam pelaksanaan program Community Integrity Building (CIB) di peringkat Program Perumahan Rakyat (PPR). Antara lain, turut dibincangkan cadangan untuk mengadakan kolaborasi sesi-sesi kesedaran berkaitan integriti kepada komuniti seperti perwakilan penduduk di peringkat bandaraya.

Kunjungan telah diketuai oleh Pengarah PPIK, Puan Zarina Mohamad Amin dengan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai pusat. Manakala perbincangan telah dipengerusikan oleh Tuan Zulkifli Muhammad, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar, DBKL.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 43
NUMBER OF VISITORS : 244042

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 December 2024

Skip to content