26 November 2024 4:29 am

Kunjungan hormat Malaysian Alliance of Corporate Directors (MACD)

YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Adj. Prof. Paul W Chan, Presiden Malaysian Alliance of Corporate Directors (MACD) dan delegasi yang terdiri daripada pengurusan tertinggi MACD pada 4 Januari 2024.

Perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan kerjasama strategik yang telah dijalinkan bersama terutamanya melalui program memperkasa agenda integriti dan tata kelola baik. Antara lain turut dibincangkan cadangan pelaksanaan Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) kepada organisasi swasta dan korporat dalam usaha menilai tahap integriti organisasi masing-masing seterusnya mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berintegriti sejajar dengan keperluan Environment, Social & Governance (ESG) di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sesi kunjungan hormat tersebut turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 15
NUMBER OF VISITORS : 225927

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 26 November 2024

Skip to content