YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Dato’ Roslan bin Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada 17 Januari 2024.
Selain mengeratkan hubungan kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua pihak, kunjungan hormat ini membincangkan aktiviti-aktiviti bersama yang boleh memperkasa agenda integriti dan tata kelola baik di setiap lapisan masyarakat melalui pendekatan pelancongan, seni dan budaya. Antara program yang menjadi perhatian pihak MOTAC adalah cadangan untuk mengadakan program Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) di peringkat nasional dengan membabitkan agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dengan MOTAC.
Pihak MOTAC juga menyambut baik hasrat IIM untuk berkerjasama secara strategik dalam penganjuran program seni dan budaya seperti pementasan teater dan sebagainya.