YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia (DOSM) bertempat di Ibu Pejabat DOSM pada 18 Januari 2024.
Kunjungan hormat ini menjurus kepada cadangan kerjasama bagi pelaksanaan kajian Indeks Integriti Malaysia dan pembangunan Malaysian Integrity Outlook. Antara lain, ia bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua pihak serta membincangkan aktiviti-aktiviti bersama yang boleh memperkasa agenda integriti dan tata kelola baik disetiap lapisan masyarakat.
Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Pengurusan Kanan kedua-dua agensi.