18 September 2024 12:42 pm

Kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abd Manaf, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat

YBrs. Tuan Haji Rahmah bin Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abd Manaf, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat pada 10 September 2024.

Kunjungan hormat ini bertujuan adalah untuk membincangkan bidang kerjasama antara kedua-dua pihak. Antara cadangan yang dibincangkan adalah berkaitan Pembangunan dan pelaksanaan Integrity Youth Ambassador (IYA) yang merupakan salah satu inisiatif baru yang memfokuskan kepada pelajar-pelajar Institusi Pendidikan MARA. Selain itu, turut dibincangkan cadangan kerjasama IIM dan MARA bagi pelaksanaan Corporate Integrity System Malaysia (CISM) bagi semua anak Syarikat MARA serta rakan niaga yang terlibat secara langsung dengan pihak MARA. Pihak MARA juga sangat menyambut baik hasrat untuk kolaborasi yang lebih erat antara kedua-dua pihak pada masa akan datang terutamanya berkaitan instrumen-instrumen integriti serta latihan yang dijalankan oleh IIM.

Sesi kunjungan hormat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar Abd Manaf, Ketua Pengarah MARA dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari MARA, iaitu Encik Shuhaimi Man, Ketua Unit Integriti, Puan Siti Aminah Abd Kadir, Pengarah Bahagian Pengajian Tinggi, Encik Shahrizal bin Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah dan Encik Nuriman bin Yusop, Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal.

Turut hadir bersama KPE IIM dalam kunjungan hormat tersebut ialah Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Sektor Operasi, Encik Zubayry Abady Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam, Encik Fison Hamdi Ahmad, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya dan Puan Alida Mahmod, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 165
NUMBER OF VISITORS : 197136

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 18 September 2024

Skip to content