17 September 2024 4:40 am

Kunjungan hormat daripada Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak yang diketuai oleh YBrs. Tuan Wan Mohamad bin Wan Drahman, Pengarah UNIONS pada 26 Julai 2024.

Delegasi UNIONS telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, KPE IIM. Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuh kerjasama strategik diantara dua pihak khususnya bagi penganjuran Majlis Amanat Perdana Integriti 2024 (MAP-i24) yang akan dirasmikan oleh YAB Premier Sarawak pada September ini.

Dalam sesi kunjungan hormat tersebut juga, IIM telah berkongsi berkenaan cadangan pelaksanaan Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) dan gerak kerja pembangunan Integrity Assessment Tool (IAT) IIM bersama pihak UNIONS. Antara lain turut dibincangkan program-program lain khusus dalam menyebarluar pembudayaan integriti di Sarawak.

Kunjungan hormat ini juga telah disertai oleh En. Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Ketua Pegawai Korporat; En. Izal Arif Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi dan En. Mohd Hafidzi Che Md Akhir, Ketua Pegawai Strategi.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 3
NUMBER OF VISITORS : 196808

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 17 September 2024

Skip to content