14 September 2024 2:33 am

Kunjungan hormat daripada PKNS FM Integrated Sdn. Bhd.

YBrs. Tuan Haji Rahman Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada PKNS FM Integrated Sdn. Bhd. Pada 7 Ogos 2024.

Sesi kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS FMI, Tuan Haji Shamshul Bahari Ahmad ini bertujuan bagi mendapatkan panduan mengenai penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan pemahaman tentang perlaksanaan ikrar integriti. Antara lain, turut dibincangkan cadangan kolaborasi pematuhan dan mempraktikkan Integriti dalam PKNS FMI selaku pengurus fasiliti dan pengendali kontraktor.

Pada sesi ini juga, pelbagai perkongsian perkhidmatan telah dikongsikan seperti Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) dan pendedahan manfaat pelaksanaan CISM dalam semua syarikat komersial sebagai persediaan awal berhadapan dengan peruntukan liabiliti korporat atau Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 yang telah berkuat kuasa pada 1 Jun 2020. IIM turut juga memperkenalkan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) dan Penilaian Individual Integrity Profile (IIP).

Hadir sama dari PKNS FMI adalah En. Kamal Hisham Dato’ Abdul Malek, Ketua Bahagian Operasi; Pn. YM Raja Zainab Raja Sabaradin, Ketua Bahagian Korporat; En. Shahrom Musa, Ketua Jabatan Khidmat Teknikal; Pn Adilah Jamaludin, Ketua Jabatan Pemasaran Strategik & Komunikasi serta pegawai-pegawai PKNS FMI.

IIM turut diwakili oleh Pn Alice Suriati Mazlan, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik & Bitara dan En. Mohd Rais Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 2
NUMBER OF VISITORS : 196527

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 14 September 2024

Skip to content