18 October 2024 11:17 pm

Kunjungan hormat daripada Malaysia Corruption Watch (MCW)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Malaysia Corruption Watch (MCW) pada 20 September 2024.

Delegasi MCW yang diketuai oleh Haji Jais Abdul Karim, Presiden MCW, telah membentangkan beberapa cadangan program kerjasama dengan IIM bagi pembudayaan integriti dalam kalangan masyarakat.

IIM diwakili oleh Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif, bersama-sama pasukan pengurusan tertinggi IIM. Antara yang hadir ialah Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut bin Omar, Ketua Pegawai Sektor Korporat; Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Sektor Operasi; Puan Alice Suriati binti Mazlan, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara; serta Encik Muhammad Syakir bin Che Mansor, Pegawai Tugas-Tugas Khas.

Delegasi MCW turut disertai oleh Encik Nor Hazamin bin Muhammad Yusof, Ahli-Jawatankuasa MCW, Encik Mohd Nazri Shaidon dan Encik Rusydi Jaafar, Setiausaha Kerja MCW.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 371
NUMBER OF VISITORS : 208720

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 18 October 2024

Skip to content