14 September 2024 2:25 am

Kunjungan hormat daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 8 Ogos 2024 bertempat di Dewan Murni, IIM.

Delegasi IKIM telah diketuai oleh YBrs. Dr. Muhammad Hisyam Mohamad, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS) / JPPKEI. Pertemuan dua hala ini telah membincangkan kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak dalam bidang perkongsian bahan etika, kajian, penerbitan dan kerjasama program di masa hadapan.

IIM juga turut berkongsi mengenai produk, kursus dan program lain yang ditawarkan khusus dalam menyebar luas pembudayaan integriti.

IIM telah diwakili oleh YBrs. En. Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Pegawai Sektor Strategi dan YBrs. Puan Norsheeda Din, Pengarah Bahagian Penerbitan dan Pengurusan Ilmu. Hadir sama dari IKIM adalah Pengarah-pengarah Pusat Kajian yang terdiri daripada Dr. Mohd Farid Mohd Shahran; Dr. Nik Roskiman Abdul Samad; Pn. Azrina Sobian, Felow Pusat Kajian serta En. Mohd Zafri Abdul Karim, Ketua Pustakawan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 2
NUMBER OF VISITORS : 196527

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 14 September 2024

Skip to content