YBrs. Tuan Haji Rahman Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan kerja ke atas YB Datuk Bandar Johor Bahru, Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato Haji Osman pada 16 Julai 2024 bertempat di Menara MBJB, Johor.
IIM juga telah membentangkan beberapa cadangan kepada MBJB seperti program-program pembangunan integriti komuniti dan pemantapan integriti melalui produk-produk IIM. Kedua-dua pihak juga membincangkan usahasama dalam memperkasakan integriti dan tata kelola di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutamanya di peringkat MBJB.
Kunjungan hormat dan lawatan kerja ke MBJB tersebut turut disertai oleh Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi; Encik Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam; Puan Zarina binti Mohamad Amin, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti dan Encik Meor Shahram Faiz Mieor Shariman, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti.