25 November 2024 9:23 pm

Kunjungan daripada YP Advanced Skills Sdn. Bhd.

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan daripada YP Advanced Skills Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Puan Maizatul Akmar binti Abdul Mubin, Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia dan Puan Emma Mazlin binti Mohd Shariff, Ketua Unit Kualiti & Integriti.

Delegasi YP Advanced Skills telah disambut oleh Encik Mohd Rais Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Puan Maisyarah Mansoruddin, Pengarah Bahagian Audit Dalam dan Governans IIM.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk membincangkan cadangan penambahbaikan yang boleh diambil oleh YP Advanced Skills dalam membudayakan integriti, tadbir urus terbaik dan antirasuah, seiring dengan objektif Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA).

YP Advanced Skills merupakan antara peserta AIGA 2022 dan AIGA 2023.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 605
NUMBER OF VISITORS : 225880

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 25 November 2024

Skip to content