5 October 2024 8:24 pm

Kunjungan dan perbincangan dengan pihak JPAN Sabah

Di dalam pelaksanaan Tinjauan Integriti (Integrity Outlook) di Negeri Sabah, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi kunjungan dan perbincangan dengan pihak JPAN Sabah. Sesi perbincangan telah diketuai oleh YBhg. Datuk Robert Stidi, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah (JPAN), Sabah. Turut serta dalam perbincangan ialah Tn Hj Nordin Lossin Pengarah Bahagian Governans dan Korporat serta pegawai-pegawai dari Bahagian Governan dan Korporat JPAN, Sabah.

Sesi kunjungan dan perbincangan turut diadakan bersama YBhg. Datuk Ridzuan @ Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya (KKR).

Sesi perbincangan dengan kedua-dua agensi adalah berkisar tentang penerangan mengenai fungsi baharu IIM serta gerak kerja kolaborasi IIM dan Kerajaan Negeri Sabah melalui pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM. Ini termasuklah pelaksanaan Integrity Individual Profile (IIP), penyertaan JPAN dalam Anugerah Integriti dan Governans (AIGA), Sambutan Bulan Integriti Nasional dan pelawaan untuk menyertai projek rintis bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE).

Delegasi IIM telah diketuai oleh Tuan Haji Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Sektor Strategi IIM. Turut serta adalah Puan Norasikin Baharuddin, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Dr. Rashidah Kamarulzaman Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 121
NUMBER OF VISITORS : 202949

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 5 October 2024

Skip to content