18 September 2024 12:42 pm

Ceramah yang bertajuk ’Integrity in Malaysia: Assessment and Strategy by the Malaysian Institute of Integrity’ kepada para peserta ‘NACC Thailand Training Programme 2024’

Institut Integriti Malaysia memenuhi undangan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ’Integrity in Malaysia: Assessment and Strategy by the Malaysian Institute of Integrity’ kepada para peserta ‘NACC Thailand Training Programme 2024’ pada 10 September 2024. Ceramah ini disampaikan oleh Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Pegawai Strategi IIM.

Program ini melibatkan peserta daripada pelbagai agensi di Thailand seperti National Anti-Corruption Commission of Thailand (NACC), Pejabat-Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Mahkamah, dan lain-lain agensi. Turut hadir sebagai peserta adalah Mr. Tawichat Nillakan, Assistant Secretary Office of NACC, Mr. Weera Lerkvanishkul, Deputy Governor of Sakonnakorn Province dan Miss Apidsaya Patkred, Director Bureau of Integrity and Transpapency Office off NACC.

Antara objektif ceramah adalah untuk berkongsi metodologi IIM melaksanakan Pembangunan komptensi dan kapasiti sektor awam dan swasta dalam aspek governans, integriti dan antirasuah; kawalan kualiti yang digunakan terhadap perkhidmatan konsultasi, instrument dan program latihan yang ditawarkan oleh IIM; dan petunjuk prestasi dalam menguruskan penilaian integriti.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 165
NUMBER OF VISITORS : 197136

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 18 September 2024

Skip to content