16 September 2024 6:21 pm

Ceramah bertajuk “Pembudayaan Amalan Nilai Integriti dan Tatakelola Baik” anjuran Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan menyampaikan ceramah bertajuk “Pembudayaan Amalan Nilai Integriti dan Tatakelola Baik” anjuran Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 Ogos 2024.

Sesi ini dihadiri oleh Ketua-ketua Unit Integriti Kementerian serta pegawai-pegawai SPRM Zon Utara. Turut hadir ke sesi tersebut ialah Dato’ TPj Idris bin Zaharudin, Pengarah Kanan BPGN serta Tn. Hj. Mohd Gunawan bin Che Ab Aziz, Timbalan Pengarah BPGN.

Ceramah ini menekankan kepentingan budaya integriti dan tatakelola baik dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Ceramah telah disampaikan oleh En. Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 79
NUMBER OF VISITORS : 196757

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 16 September 2024

Skip to content