Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk Kepentingan Integriti Dalam Kepimpinan anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) pada 15 Mei 2024 bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ceramah tersebut merupakan program pendedahan dan kefahaman berkenaan dengan konsep serta pembudayaan nilai etika dan integriti di kalangan kepimpinan akar umbi yang menganggotai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
Sesi yang telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Integriti Komuniti IIM, En. Meor Shahram Faiz bin Mieor Shariman ini telah dihadiri oleh para barisan Pengerusi dan Setiausaha sekitar daerah di Negeri Sembilan.