Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk Integriti : Kepentingan Kepada Organisasi dan Penyelia anjuran Pusat Pengajian Sains Perisikan dan Kajian Strategik, Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur pada 9 September 2024.
Sesi ini melibatkan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis berpangkat Asisten Superintenden Polis
(ASP) dan Deputi Superintenden Polis (DSP) dari seluruh negara.
Penyampaian ceramah menekankan kepentingan budaya integriti dan etika dalam tugas penguatkuasa. Ceramah telah disampaikan oleh En. Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor.