Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Pertama Pembangunan Modul Program Integrity Youth Ambassador (IYA) bersama-sama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 10 dan 11 Julai 2024.
Bengkel yang diadakan di Menara Integriti, IIM ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Kanan IIM dan MARA. Bengkel Pertama ini bertujuan untuk menganalisa dan seterusnya membangunkan kandungan Modul IYA yang memfokuskan kepada penyemaian nilai-nilai integriti kepada kumpulan remaja, mahasiswa dan belia amnya.
Modul ini diwujudkan sebagai kesinambungan kepada program yang pernah dikendalikan oleh IIM dengan kerjasama MARA seperti Corporate Social Responsibility Rebung (2005-2010), Integrity Champions Challenge (2011 – 2013) dan Integrity Champions Global Summit (2014).
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Fison Hamdi Ahmad, Pengarah dan Puan Alida Mahmod, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya (PPIIB), IIM.