Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Pemurnian CRA OACP bersama Majlis Perbandaran Port Dickson pada 22 dan 23 April 2024 bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bengkel yang dihadiri oleh wakil Jawatankuasa pembangunan OACP ini dilaksanakan bagi pemurnian Daftar Risiko CRA OACP sedia ada dan pembangunan Draf Buku/ Dokumen OACP MPPD.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Pn. Shafinas Daud, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam (PISA) dan dibantu oleh En. Abdul Rahman Abdullah, Konsultan dari Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Integriti, IIM.