Bengkel Pembangunan Dokumen, Pembangunan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) bagi Perbadanan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) telah dilaksanakan pada 22 hingga 24 April 2024 bertempat di Wisma Sumber Alam, Kuching Sarawak.
Bengkel yang disertai oleh wakil-wakil bahagian PUSAKA ini bertujuan untuk membangunkan dokumen bagi Sistem Pengurusan Anti Rasuah iaitu ABMS selaras dengan keperluan standard MS ISO 37001:2016.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cik Nur Atia Shahirah binti Mustapha dan Encik Muhamad Khairul Azmir bin Mohd Paiz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, Institut Integriti Malaysia (IIM).



