Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel Pelan Tindakan OACP bersama Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu (JKRNT) pada 20 dan 21 Mei 2024.
Sesi yang diadakan di Bilik Mesyuarat Inspira, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) ini telah dihadiri oleh wakil jawatankuasa OACP JKRNT.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta telah didedahkan dengan kaedah penentuan pelan tindakan, strategi, objektif strategik, misi dan visi OACP JKRNT.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Pn Munah Abdul Aziz dan Pn Shafinas Daud dari Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.