5 October 2024 10:16 pm

Tinjauan Integriti (Integrity Outlook) di Negeri Sabah

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Tinjauan Integriti (Integrity Outlook) di Negeri Sabah. Tinjauan ini adalah bagi mendapatkan pandangan daripada YBhg. Datuk Zainuddin Ahmad, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah dari sudut pandang perkhidmatan awam di negeri Sabah.

Sesi tinjauan turut menemui YBhg. Datuk Dr. Ramzul Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS). Sebagai seorang yang berpengalaman sebagai seorang ahli akademik, beliau banyak memberikan pandangan integriti dari sudut pembudayaannya dalam kalangan generasi muda. Antaranya beliau mahu program-program yang melibatkan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) seperti Debat Perdana Integriti dilaksanakan semula oleh IIM.

IIM juga telah berpeluang mengadakan sesi temubual dengan Tuan Haizar Razif Hisyam Ajaz Nabijan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) bagi mendapat pandangan dari wakil korporat Sabah. IIM turut menerangkan mengenai beberapa perkhidmatan yang dapat ditawarkan oleh IIM kepada SEDCO. Beliau sangat menyokong usaha yang dilaksanakan oleh IIM dalam mengukuhkan integriti dan governans di Malaysia dan berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan IIM pada masa akan datang.

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah diketuai oleh Tuan Haji Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Sektor Strategi IIM. Turut serta adalah Puan Norasikin Baharuddin, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Dr. Rashidah Kamarulzaman Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 133
NUMBER OF VISITORS : 202961

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 5 October 2024

Skip to content