Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Pelan Tindakan OACP bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia pada 05 dan 09 September 2024.
Sesi ini telah dihadiri oleh kakitangan jawatankuasa pembangunan yang telah dilantik secara rasmi. Sepanjang sesi berlangsung, peserta telah didedahkan dengan kaedah penentuan pelan tindakan, penentuan pelaksana, tempoh masa, kuadran, strategi dan objektif strategik yang bersesuaian untuk setiap bidang keutamaan yang terdapat dalam OACP Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Pn Shafinas Daud dan Cik Nur Atia Shahirah Binti Mustapha dari Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.