20 September 2024 12:55 am

Kunjungan hormat daripada Global Psytech Sdn Bhd

YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Dr. Haniza Yon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Psytech Sdn Bhd (GP) serta delegasi pada 24 Julai 2024. IIM telah menjalinkan hubungan kerjasama erat dengan GP sebagai rakan teknologi sejak tahun 2019.

Perbincangan antara kedua pihak menjurus kepada kerjasama baharu dalam pengenalan instrumen penilaian integriti berkaitan kewangan, komuniti, organisasi, pendidikan dan lain-lain. Kerjasama ini sejajar dengan penggunaan teknologi dalam pembudayaan integriti dalam era digitalisasi.

Turut menghadiri sesi ini, En. Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Ketua Pegawai Sektor Korporat, En. Izal Arif Zahrudin, Ketua Pegawai Sektor Operasi, En. Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Pegawai Sektor Strategi dan Pn. Norliana Ali Akbar, Pengarah Pusat Integriti Kewangan dan Teknologi.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 1
NUMBER OF VISITORS : 197741

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 20 September 2024

Skip to content