Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Ethics & Integrity Seminar bagi Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) pada 3 dan 4 Julai 2024. Seminar yang berlangsung secara atas talian ini telah dihadiri seramai 200 warga kerja CDC.
Seminar ini bertujuan untuk membina budaya integriti dan tingkah laku beretika dalam organisasi serta mengukuhkan dan memantapkan nilai-nilai murni dikalangan warga kerja CDC agar tidak melibatkan diri dalam salah laku integriti.
Sesi ini telah disampaikan oleh Encik Ruben Raj Samuel , Konsultan & Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Startegi dan Bitara, IIM.