Dalam usaha untuk meningkatkan integriti dan tata kelola sektor kewangan, Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan rakan teknologi, Global Psytech Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi latihan fasa pertama produk baharu pada 11 Julai 2024.
Instrumen yang berteraskan integriti kewangan ini bertujuan untuk membantu masyarakat dan agensi berkaitan kewangan dalam mengukur keupayaan kewangan dan mengurus risiko kewangan dengan lebih berkesan.
Sesi ini telah disampaikan oleh Dr. Haniza Yon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Psytech dan dihadiri oleh pegawai-pegawai IIM yang diketuai oleh En. Izal Arif Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi IIM. Turut hadir Pn Norliana Ali Akbar, Pengarah Pusat Integriti Kewangan dan Teknologi.