24 November 2024 9:25 pm

Bengkel Pertama Pembangunan Modul Program Integrity Youth Ambassador (IYA) bersama-sama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Pertama Pembangunan Modul Program Integrity Youth Ambassador (IYA) bersama-sama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 10 dan 11 Julai 2024.

Bengkel yang diadakan di Menara Integriti, IIM ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Kanan IIM dan MARA. Bengkel Pertama ini bertujuan untuk menganalisa dan seterusnya membangunkan kandungan Modul IYA yang memfokuskan kepada penyemaian nilai-nilai integriti kepada kumpulan remaja, mahasiswa dan belia amnya.

Modul ini diwujudkan sebagai kesinambungan kepada program yang pernah dikendalikan oleh IIM dengan kerjasama MARA seperti Corporate Social Responsibility Rebung (2005-2010), Integrity Champions Challenge (2011 – 2013) dan Integrity Champions Global Summit (2014).

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Fison Hamdi Ahmad, Pengarah dan Puan Alida Mahmod, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya (PPIIB), IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 243
NUMBER OF VISITORS : 225258

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 24 November 2024

Skip to content