Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Kursus Latihan Ethics & Integrity (E&I) bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 3 Julai 2024. Sesi latihan ini telah dihadiri oleh wakil Kumpulan Pengurusan dan Professional MBPJ. Turut hadir pada sesi ini, Datuk Hj. Mohamad Zahri Bin Hj. Samingon, Datuk Bandar MBPJ.
Latihan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan dan memantapkan nilai-nilai murni dalam memupuk warga kerja MBPJ menjadi warga kerja yang berintegriti dalam membudayakan amalan terbaik di organisasi. Ini selaras dengan Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) yang mewajibkan pelaksanaannya kepada semua penjawat awam bagi meningkatkan keupayaan sahsiah diri dan menolak perkara-perkara tidak berintegriti, khususnya perbuatan rasuah.
Sesi latihan ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.