Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK) telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 7 Jun 2024 bertempat di Menara DBKL, Kuala Lumpur.
Kunjungan ini adalah bertujuan bagi membincangkan peluang kerjasama dalam pelaksanaan program Community Integrity Building (CIB) di peringkat Program Perumahan Rakyat (PPR). Antara lain, turut dibincangkan cadangan untuk mengadakan kolaborasi sesi-sesi kesedaran berkaitan integriti kepada komuniti seperti perwakilan penduduk di peringkat bandaraya.
Kunjungan telah diketuai oleh Pengarah PPIK, Puan Zarina Mohamad Amin dengan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai pusat. Manakala perbincangan telah dipengerusikan oleh Tuan Zulkifli Muhammad, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar, DBKL.