IIM telah mengadakan Sesi Taklimat Pembangunan OACP kepada KESEDAR Holdings Sdn Bhd dan 3 anak syarikat iaitu KESEDAR Perkilangan Sdn Bhd; KESEDAR Dagang Sdn Bhd dan KESEDAR Hotel Travel & Tour Sdn Bhd pada 14 Mei 2024 bertempat di Hotel KESEDAR, Gua Musang, Kelantan.
Sesi taklimat dimulai dengan penerangan tentang proses pembangunan OACP dan kepentingannya kepada syarikat. Para peserta telah membangunkan konteks bagi setiap syarikat.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Mazwane Musa dan Puan Wan Nooraine Husin, Konsultan dari Pusat Integriti Sektor Perniagaan (PISP), Institut Integriti Malaysia (IIM).