Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi libat urus serta menyampaikan taklimat pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada 9 Mei 2024.
Sesi yang diadakan di Ibu Pejabat RISDA ini telah diselaraskan oleh Unit Integriti RISDA dan dihadiri oleh semua staf Unit Integriti RISDA.
Objektif sesi ini adalah untuk memberi pemahaman yang jelas mengenai proses pembangunan dan pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang lebih sistematik yang ingin dibangunkan oleh RISDA.
Sesi taklimat OACP in telah disampaikan oleh En. Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.