Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Integriti (BPPI) Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan satu taklimat rundingcara Individual Integrity Profile (IIP) bersama Unit Integriti dan Governans Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Mei 2024.
Taklimat rundingcara IIP ini turut memberikan pencerahan secara umum mengenai kepentingan serta kelebihan untuk menjalankan ujian psikometrik IIP khususnya kepada pengurusan tertinggi di setiap organisasi.
Taklimat rundingcara ini diketuai oleh Pasukan Pengurusan IIM iaitu Puan Nelly Mansin, Konsultan Kanan BPPI IIM bersama-sama dengan Encik Muhammad Nurarif Idris, Pengawai Penyelidik BPPI. Sesi taklimat ini juga dihadiri oleh Pengarah Unit Integriti dan Governans IJN serta beberapa pegawai kanan di IJN.