21 September 2024 1:35 am

Integriti & Akauntabiliti Penjawat Awam dan Nilai & Etika Penjawat Awam dalam Kursus Asas Penguatkuasa Siri 1/2024

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk Integriti & Akauntabiliti Penjawat Awam dan Nilai & Etika Penjawat Awam dalam Kursus Asas Penguatkuasa Siri 1/2024 di Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES) pada 30 April 2024.

Ceramah yang telah dihadiri oleh wakil Pegawai Penguatkuasa daripada pelbagai agensi dari seluruh Negeri Selangor ini adalah bertujuan untuk berkongsi pemahaman asas mengenai Nilai, Etika, Akauntabiliti dan Integriti dalam menjadi warga kerja yang berintegriti sebagai penguatkuasa dan penjawat awam.

Peserta juga telah didedahkan dengan tugasan kajian kes untuk memberi respon kepada isu-isu integriti dan dilema etika. Ceramah telah disampaikan oleh En. Abdul Rahman bin Abdullah, Konsultan Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Integriti, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 3
NUMBER OF VISITORS : 198104

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 21 September 2024

Skip to content