25 November 2024 11:37 pm

Sesi Perbincangan Libat Urus bersama Commerce Dot Com (CDC)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Sesi Perbincangan Libat Urus bersama Commerce Dot Com (CDC) pada 11 Mac 2024.

Sesi perbincangan hibrid ini memfokuskan mengenai ruang dan peluang kerjasama antara IIM dan CDC dalam penganjuran bersama program strategik yang memperkasakan agenda integriti dan pengamalan tata kelola terbaik dalam organisasi. Antara perancangan libat urus adalah penggubalan modul latihan pembudayaan dan pemantapan integriti di kalangan pegawai-pegawai CDC dan pengguna sistem teknologi CDC.

Sesi Perbincangan Libat Urus telah dihadiri oleh Puan Norliana Ali Akbar, Pengarah Pusat Integriti Kewangan dan Teknologi , Encik Muhammad Qayyum Salim, Pengarah (II) Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara (dalam talian) dan Encik Nabil Eiman Azman, Penolong Pengarah Pusat Integriti Kewangan dan Teknologi dari IIM manakala CDC di wakili oleh Tengku Ahmad Shah, Ketua Audit Dalam dan Integriti, Encik Djuan Onn Abdul Rahman serta Encik Zaim Izkandar Zaini dari Komunikasi Korporat dan Pemasaran.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 637
NUMBER OF VISITORS : 225912

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 25 November 2024

Skip to content