YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan Kunjungan Hormat dan Lawatan Kerja kepada YBhg.Tan Sri Mohamad Salim Bin Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 21 Februari 2024 di Kuala Lumpur.
Kunjungan hormat ini telah melibatkan tiga pihak iaitu IIM, MCMC dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). Selain mengeratkan hubungan kerjasama dan persefahaman antara semua pihak, kunjungan hormat ini juga telah membincangkan aktiviti-aktiviti bersama yang boleh memperkasa agenda integriti dan tatakelola baik di peringkat sektor awam dan swasta.
Hasil perbincangan tersebut juga telah menjurus kepada beberapa inisiatif yang akan dijalankan pada tahun ini, Kunjungan hormat ini juga telah turut dihadiri oleh Jabatan Integriti & Tadbir Urus MCMC, Jabatan Integriti dan Disiplin MRCB dan pegawai-pegawai kanan IIM.