YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan kerja ke atas YBrs. Tuan Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Corp) pada 6 Februari 2024.
Selain mengeratkan hubungan kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua pihak, sesi ini turut membincangkan aktiviti-aktiviti bersama yang boleh memperkasa agenda integriti dan tata kelola baik kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia.
Pelancaran Buku Panduan Pantas ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) oleh YAB Timbalan Perdana Menteri I Dato’ Sri Zahid Hamidi baru-baru ini menjadikan integriti dan antirasuah sebagai agenda utama bagi mengenalpasti kriteria asas penerapan amalan ESG oleh PMKS.