YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Adj. Prof. Paul W Chan, Presiden Malaysian Alliance of Corporate Directors (MACD) dan delegasi yang terdiri daripada pengurusan tertinggi MACD pada 4 Januari 2024.
Perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan kerjasama strategik yang telah dijalinkan bersama terutamanya melalui program memperkasa agenda integriti dan tata kelola baik. Antara lain turut dibincangkan cadangan pelaksanaan Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) kepada organisasi swasta dan korporat dalam usaha menilai tahap integriti organisasi masing-masing seterusnya mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berintegriti sejajar dengan keperluan Environment, Social & Governance (ESG) di peringkat nasional dan antarabangsa.
Sesi kunjungan hormat tersebut turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan IIM.