YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen pada 11 Januari 2024.
Selain mengeratkan hubungan kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua pihak, kunjungan hormat ini juga turut membincangkan aktiviti-aktiviti bersama yang boleh memperkasa agenda integriti dan tata kelola baik disetiap lapisan masyarakat.
YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang turut berkesempatan bertemu YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM). Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi IIM.