Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah berkenaan Pengenalan CRA & Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) pada 7 Mei 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Ceramah ini telah dihadiri oleh wakil-wakil ketua unit dan bahagian dari JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN. Objektif ceramah ini adalah untuk memberi pendedahan berkenaan kaedah Pembangunan OACP.
Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh Cik Nur Atia Shahirah binti Mustapha, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.