Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput memberikan Ceramah Integriti Juruaudit bagi Juruaudit Niosh Certification Sdn Bhd (NIOSH Cert.) pada 20 Mac 2024 menerusi aplikasi Zoom Meeting yang dianjurkan oleh pihak NIOSH Cert.
Puan Wan Nabilah binti Meor Mohd Jamil, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan, IIM selaku penceramah telah menerangkan konsep integriti, perspektif vs realiti, kod etika juruaudit serta isu-isu integriti berkaitan pengauditan kepada para peserta yang hadir.