Institut Integriti Malaysia (IIM) telah memberikan ceramah bertajuk Integriti Dalam Pengurusan Kewangan Keluarga anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor pada 27 Jun 2024 bertempat di Dewan Pusat Keluarga, LPPKN, Shah Alam, Selangor.
Ceramah ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkenaan definisi etika dan integriti, serta pengurusan kewangan berintegriti di kalangan kakitangan di Negeri Selangor.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Integriti Komuniti IIM, En. Meor Shahram Faiz bin Mieor Shariman.