Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Taklimat Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi Ketengah Holding Sdn Bhd (KETENGAH) pada 9 Jun 2024 di Pejabat KETENGAH Holding Sdn Bhd, Bandar Al-Muktafi Billah Shah Dungun, Terengganu.
Taklimat Pembangunan OACP telah turut disampaikan oleh pihak IGU KETENGAH. Sesi diteruskan dengan penerangan status pengurusan risiko rasuah oleh wakil-wakil bahagian di KETENGAH.
Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Wan Nooraine Husin dan Encik Mazwane Musa dari Pusat Integriti Sektor Perniagaan.


