Bengkel Penilaian Risiko Rasuah (CRA), Pembangunan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) bagi Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA ) telah selesai dilaksanakan dari 3 hingga 4 Mac 2024 bertempat di Wisma Sumber Alam, Kuching, Sarawak.
Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti ruang dan peluang berlakunya risiko rasuah dalam organisasi selain memenuhi keperluan ABMS dalam organisasi.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Cik Nur Atia Shahirah binti Mustapha dan Encik Muhamad Khairul Azmir bin Mohd Paiz Konsultan Pusat Intergriti Sektor Awam (PISA), IIM dan bengkel ini telah disertai oleh wakil-wakil bahagian dari PUSAKA.