Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Bengkel Pemurnian OACP bersama Lembaga Muzium Negeri Kedah (LMNK) pada 6 dan 7 Ogos 2024.
Sesi yang berlangsung di Alor Setar ini telah dihadiri oleh wakil ahli Jawatankuasa OACP LMNK Serta dihadiri oleh En Suhaidi bin Shukri, Pengarah Muzium Negeri kedah.
Sesi ini bertujuan untuk memurnikan daftar risiko dan draft buku OACP bagi LMNK. 3 Daftar Risiko Bidang Keutamaan dan draft buku OACP telah berjaya dimurnikan hasil dari bengkel tersebut.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cik Nur Atia Shahirah Mustapha dan Encik Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.