Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Pemurnian OACP bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu pada 10 dan 11 Jun 2024.
Sesi yang berlangsung di JKR Negeri Terengganu ini telah dihadiri oleh wakil ahli Jawatankuasa OACP JKR Negeri Terengganu Dan Ir. Dr. Hasli Bin Ibrahim, Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu.
Sesi ini bertujuan untuk memurnikan daftar risiko dan draf buku OACP bagi JKR Terengganu.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Pn Munah Abdul Aziz dan Encik Muhamad Khairul Azmir Mohd Paiz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.