Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah berkesempatan menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali pada 1 Ogos 2024.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah cadangan-cadangan program kerohanian dalam integriti. YBhg. Dato’ Dr Hasan juga sempat berkongsi pengalaman luas beliau dalam pentadbiran awam, politik dan konsultasi.
YBrs. Tn Hj KPE juga menyambut baik pandangan dan nasihat daripada YBhg. Dato’ Dr Hasan khususnya dalam memastikan nilai-nilai Islam diselitkan dalam pembudayaan integriti di kalangan masyarakat.