Institut Integriti Malaysia (IIM) telah memberikan ceramah bertajuk Etika dan Integriti anjuran Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) pada 30 Julai 2024 bertempat di Bilik Gerakan, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Ipoh, Perak.
Ceramah tersebut merupakan satu program pendedahan dan kefahaman berkenaan dengan konsep dan definisi etika dan integriti, serta proses pembudayaan integriti di kalangan pegawai-pegawai JKR.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Integriti Komuniti IIM, En. Meor Shahram Faiz Mieor Shariman.