24 November 2024 11:01 pm

Kunjungan hormat ke Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd. Din, Ketua Pegawai Eksekutif yang mengetuai delegasi IIM ke MBIP – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan bersama Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad Johor pada 17 Julai 2024 bertempat di Pejabat Datuk Bandar, Iskandar Puteri, Johor.

Dalam sesi pertemuan kali pertama ini, IIM dan MBIP telah membincangkan mengenai keperluan bagi mengadakan program-program integriti yang sesuai seperti Community Integrity Building (CIB) yang digunakan sebagai medium bagi membantu mengenal pasti dan melaksanakan penyelesaian yang sesuai dan berdaya maju untuk meningkatkan tahap integriti dalam kalangan komuniti dan persekitaran pelanggan.

Turut bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif IIM adalah Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi; Encik Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam; Puan Zarina binti Mohamad Amin, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti dan Encik Meor Shahram Faiz Mieor Shariman, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh YB Datuk Bandar juga telah disertai oleh wakil-wakil dari Pengarah Unit Integriti MBIP, Haji Emrizal bin Abdul Rahman, Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Jabatan Penguatkuasaan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 256
JUMLAH PELAWAT : 225271

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 24 November 2024

Skip to content