YBrs. Tuan Haji Rahman Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Hj. Bakar, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pada 10 Julai 2024.
YBhg. Tan Sri Ismail Bakar yang pernah memegang jawatan Pengerusi IIM pada 2018 telah membincangkan mengenai peranan dan fungsi IIM dalam memperkasakan aspek penyelidikan, pendidikan, latihan, advokasi dan penerbitan bagi meningkatkan integriti dan tata kelola di dalam sektor awam dan swasta.
Turut dibincangkan adalah kerjasama strategik antara IIM dan EAIC dalam pelaksanaan projek pilot Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) kepada agensi-agensi penguatkuasaan terpilih.
Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi dan Encik Mohd Hafizdi bin Che Md Akhir, Ketua Pegawai Strategi. Turut hadir adalah Encik Mohd Asnawi Abu Hanipah, Pengarah Bahagian Operasi, Encik Muhammad Amin bin Azmi, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Puan Jasliza binti Jamil, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Puan Noor Farahani binti Norizan, Pegawai Khas kepada Pengerusi dan Puan Aisyah Balkis binti Zulkarnain, Pegawai Undang-Undang, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik.