Sesi Management Review telah diadakan pada 27 dan 28 Jun 2024 bertempat di Pejabat MICTH, Ayer Keroh, Melaka. Sesi ini dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap bahagian di MICTH.
IIM telah menerangkan tentang keperluan pihak pengurusan untuk menyemak dan mengkaji semula sistem pengurusan ABMS MICTH dengan kaedah yang sesuai bagi memastikan kesesuaian proses, keperluan sistem dan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan dengan hala tuju organisasi.
Konsultan yang terlibat untuk sesi Management Review ini adalah Encik Mazwane Musa dan Puan Wan Nooraine Husin.